SEJARAH PUSAT SUMBER KITAI MUHAI
Pada asal penubuhan SK Sungai Melut (A), pada tahun 1960, sekolah ini tiada kemudahan Pusat Sumber Sekolah (PSS). PSS SK Sungai Melut (A) diwujudkan apabila terbinanya bangunan konkrit dua tingkat. Salah satu bilik darjah pada tingkat dua bangunan ini telah diubahsuai menjadi PSS. PSS SK Sungai Melut (A) serba kekurangan kerana PCG yang diturunkan setiap tahun untuk PSS sangat sedikit.
Walaubagaimanapun, perubahan dan pengubahsuaian yang ketara berlaku pada tahun 2016 kerana PSS SK Sungai Melut (A) telah dipilih mewakili daerah Sepang ke Pertandingan Pengurusan PSS Cemerlang, Kategori Sekolah Kurang Murid (SKM), Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak sekolah dan guru-guru dalam mencari dana untuk melengkapkan PSS dengan wajah yang baru dan fungsi yang sebenar.
Pada 5 Mei 2017, PSS SK Sungai Melut (A) telah melalui penjenamaan semula kepada Pusat Sumber Kitai Muhai. PSS yang dahulunya hanya terhad pada warga SK Sungai Melut (A) sahaja telah diluaskan fungsinya kepada semua komuniti setempat. Komuniti setempat yang terdiri daripada ibu bapa dan masyarakat Orang Asli sekitar bebas untuk menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Sumber Kitai Muhai ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.