SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini diasaskan pada 01.09.1960 oleh Jabatan Kebajikan Orang Asli (JKOA) Daerah Kuala Langat memandangkan terdapat empat perkampungan orang asli dari suku kaum Temuan yang menetap di sini. Ia dinamakan Sekolah Kebangsaan Sungai Melut (A) sempena nama Kampung Sungai Melut di mana sekolah ini didirikan. Bangunan satu bilik darjah yang pertama dibina diperbuat daripada kayu, beratap nipah tanpa kemudahan bekalan air dan elektrik.
Guru pertama yang bertugas di sini ialah En. Alias bin Ali. Beliau memulakan tugasnya sebagai Guru Besar pada 01.09.1960 iaitu sewaktu pembukaan sekolah secara bersendirian. Beliau mengajar kumpulan murid yang pertama seramai 15 orang dalam darjah satu. Beliau juga terpaksa menjalankan urusan pentadbiran di samping mengajar tanpa ada pembantu. Beliau berkhidmat di sini lebih kurang enam tahun sehingga 1966. Sejarah hidup beliau secara terperinci sukar diperolehi kerana tiada catatan dibuat atau waris terdekat yang dapat dirujuk, hanya percakapan lisan dari penduduk kampung ini yang pernah mengenali beliau.
Pertambahan murid sedikit sebanyak telah mengubah struktur fizikal sekolah ini di mana pada tahun 1972 bangunan lama satu bilik darjah telah diubahsuai menjadi satu bangunan tiga bilik darjah tanpa siling, beratap ardek dan berdinding papan setinggi empat kaki tanpa tingkap.
Sejak pengambilalihan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah ini telah mula berubah secara berperingkat dari satu bangunan kayu kepada tiga bangunan konkrit, bermula dari Blok B yang berserta dengan ruang makan kantin dan tandas murid. Kemudian diikuti dengan Blok A, dimana tapaknya di atas tapak bangunan kayu yang asal yang telah dirobohkan. Setelah itu Blok C dibina, bangunan tambahan dua tingkat bagi menampung jumlah bilik darjah yang tidak mencukupi termasuklah ketiadaan makmal sains dan tandas staf yang siap sepenuhnya pada tahun 2001.
Penambahbaikkan tidak terhenti setakat itu sahaja, pada tahun yang sama kerja-kerja penyelenggaraan persekitaran sekolah termasuk pagar, tembok konkrit dan pondok jaga telah dilaksanakan disamping kerja mengecat Blok B yang agak pudar warnanya. Pada tahun 2002, ubah suai bilik darjah untuk dijadikan makmal komputer dan sekolah ini telah dibekalkan dengan 21 buah komputer melalui Projek Pengkomputeran Sekolah Fasa 2 untuk membolehkan pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer dilaksanakan.
Pada tahun 2015, dengan inisiatif guru-guru maka Surau Al-Falah berjaya dibina bagi kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran murid-murid Islam serta aktiviti keagamaan.